KORBAN - IBADAH PALING DICINTAI PADA HARI AIDILADHA

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya."
(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
APAKAH PENGERTIAN IBADAH KORBAN?
Ibadah Qurban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik bersamaan 11, 12 ,13 Zulhijjah.
Hukum ibadah korban ke atas umat Islam adalah SUNAT MUAKKAD iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang baligh, berakal, merdeka serta berkemampuan untuk melaksanakannya. Maksud berkemampuan ialah orang yang mampu berkorban setelah ada lebihan dari keperluannya untuk dikeluarkan bagi tujuan korban pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik.
Menurut jumhur ulamak, sunat melakukan korban bagi orang yang mampu dan adalah makruh hukumnya jika orang yang mampu itu tidak melakukan ibadah korban sedangkan ia berkemampuan untuk melakukannya. Sabda Rasulullah SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه، أن رسول الله عليه وسلم قال: من كان له سعة ولم يضح، فلايقربن مصلانا {رواه إبن ماجه}
Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini.
APAKAH FADHILAT MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN?
• Penebus dosa kecuali dosa besar.
• Mendapat hasanah (kebajikan) bagi setiap bulu binatang korban.
• Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala.
• Membentuk peribadi ikhlas, sabar, qana‘ah (bersyukur), belas kasihan dan tolong menolong.
UNTUK PENGETAHUAN TUAN-PUAN, PIHAK KKB AKAN MEMBERI BUKTI SEMBELIHAN KEPADA WHATSAPP SEMUA PELANGGAN YANG MENYERTAI QURBAN BERSAMA KKB 2025 INI. SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA IBADAH QURBAN INI. TERIMA KASIH.
ANDA JUGA BOLEH MEMBUAT SEDEKAH AGING MELALUI PILIHAN DI BAWAH. TERIMA KASIH.